Malaysia

Continental tutup kilang di Alor Setar, 950 pekerja bakal terjejas

Continental mengumumkan akan menutup kilang pembuatan tayarnya di Alor Setar, Kedah, yang kini menggaji 950 pekerja, menjelang akhir tahun 2025.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, syarikat itu memaklumkan bahawa kilang berkenaan menghasilkan tayar untuk kereta penumpang, trak ringan dan motosikal bagi pasaran Asia Pasifik.

Memetik laporan The Edge, keputusan untuk menutup kilang adalah berikutan semakan perniagaan yang komprehensif untuk menjaga daya saing dan prestasi perniagaan syarikat di rantau Asia Pasifik.

Continental dalam pada itu bakal menawarkan sokongan kepada pekerja terjejas termasuk kaunseling kerjaya dan peluang pekerjaan di dalam serta luar syarikat.

Kilang tayar Alor Setar mula beroperasi pada 20 Dis 1979 dan telah menjadi anak syarikat milik penuh Continental sejak Mei 2012.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker