Contohi Sabah & Sarawak, Malaysia bukan hanya milik Melayu – Nazri Aziz

Bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, memuji rakyat Sabah dan Sarawak kerana mengamalkan semangat sebenar Malaysia yang berbilang kaum.
Beliau menyeru orang Melayu di Semenanjung supaya mencontohi mereka dalam memahami konsep kebersamaan dalam negara.
Nazri yang bercakap menerusi sesi temubual bersama Free Malaysia Today (FMT) berkata, Malaysia bukan hanya untuk orang Melayu dan Islam, ia milik semua kaum dan agama.
Menurutnya, rakyat Sabah dan Sarawak lebih memahami konsep kewarganegaraan, mentadbir negeri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengutamakan kaum atau agama.
Sebaliknya, beliau berkata ramai orang Melayu di Semenanjung hanya mengaku sebagai rakyat Malaysia apabila menguntungkan mereka secara politik, terutamanya ketika pilihan raya bagi meraih sokongan bukan Melayu.