Malaysia

Cubaan Bolos 68 Warga Asing di KLIA Digagalkan

SEPANG: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) KLIA menggagalkan cubaan 68 warga asing memasuki Malaysia tanpa memenuhi syarat kemasukan dalam operasi di Terminal 1 KLIA, semalam.

Dalam pemantauan dari jam 11 pagi hingga 1 tengah hari, 92 warga asing diperiksa, dan 68 individu diberikan Notis Penolakan Masuk (NTL) selepas usaha wajar dijalankan. Mereka terdiri daripada 16 warga Pakistan, 45 warga Bangladesh, serta tujuh warga India.

Menurut AKPS, ini adalah jumlah NTL tertinggi dalam tempoh 24 jam sejak Januari 2025. Individu terbabit mendakwa sebagai pelancong tetapi tidak terus ke kaunter imigresen, sebaliknya menunggu pihak tertentu membawa mereka masuk.

Sejak Januari, AKPS telah memeriksa 2,654 warga asing dengan modus operandi sama, dan 900 orang (34%) telah diberi NTL. Pemantauan di pintu masuk antarabangsa akan terus diperketat bagi menjaga keselamatan negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker