Cubaan seludup senjata, ratusan peluru dari Thailand tumpas

Seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 46 tahun ditahan pihak berkuasa Thailand di Sadao, Songkhla, selepas pemeriksaan menemui dua laras raifal M4 bersama ratusan butir peluru dalam kenderaannya.
Suspek ditahan pada jam 5.35 petang ketika sekatan jalan raya dijalankan anggota Balai Polis Daerah Sadao sebagai sebahagian operasi pencegahan penyeludupan dadah dan ancaman keselamatan.
Pemeriksaan lanjut menemukan 300 butir peluru kaliber 5.56mm, tujuh magazin peluru 5.56mm, 100 butir peluru kaliber .45mm serta 50 butir peluru kaliber 9mm. Semua senjata dan peluru itu dirampas sebagai barang kes.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim, berkata siasatan awal mendapati senjata berkenaan dipercayai dibeli suspek di Thailand untuk diseludup masuk ke Malaysia.
Beliau memaklumkan pihaknya sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes itu.