Malaysia
Cucu hartawan negara labur RM44 bilion bina pusat data AI di Johor

Kuok Meng Wei, cucu hartawan Robert Kuok, merancang pelaburan sehingga AS$10 bilion (RM44.2 bilion) dalam pusat data AI di Malaysia, Indonesia, dan Thailand.
Melalui syarikat K2 Strategic lapor Forbes, Meng Wei telah membuka pusat data berkapasiti 60 megawatt (MW) di Taman Teknologi Sedenak, Johor, yang kini menjadi hab digital utama di rantau ini.
Terletak 30km dari Tambak Johor, pusat itu telah menarik penyedia perkhidmatan awan terbesar dunia serta syarikat media sosial yang berkembang pesat.