Uncategorized

Cuti Hari Pekerja: Ambil peluang untuk tonton kisah benar menggempur India; Pembunuh bersiri Jolly Joseph, dokumentari Netflix

Dokumentari ‘Curry & Cyanide: The Jolly Joseph Case ‘ merupakan satu dokumentari yang harus ditontoni semua kerana ia berdasarkan kisah hidup benar seorang wanita, yang berperanaan sebagai seorang ibu, isteri dan juga seorang surirumah bertindak membunuh 6 orang ahli keluarganya sendiri menggunakan sianida sejenis racun yang berbahaya demi mewarisi harta keluarganya.

Peristiwa ini berlaku di sebuah kampung yang bernama Koodathayi, di Kerala, India, antara tahun 2002 sehingga 2016.

Wanita itu dikenali sebagai Jolly Joseph, dituduh meracuni enam orang ahli keluarganya, termasuk suami pertama, dengan bercampur sianida dalam makananya.

Jolly didakwa melakukan perkara ini untuk mewarisi harta keluarga serta untuk berkahwin dengan kekasihnya, yang juga merupakan sepupu suaminya.

Kes ini menggempur  dan mendominasi dada-dada akhbar di India kerana pembunuhan bersiri yang amat kejam pada abad ke 21 ini, dan pada masa sama, dokumentari ini sedang ditayangan di Netflix dimana orang ramai boleh menonton bersama-sama dengan keluarga sempena cuti hari pekerja hari ini.

Telus juga ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia yang bertungkus-lumus berkhidmat untuk pembangunan negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker