Malaysia

Dadah MDMA bernilai RM6.3 juta dirampas sebelum diedar ke pusat hiburan

Sindiket pengedaran dadah yang menyasarkan pusat hiburan di sekitar Pulau Pinang dibongkar pihak polis menerusi beberapa serbuan yang dilakukan di George Town pada Selasa.

Dalam serbuan itu, polis merampas serbuk dadah jenis MDMA seberat 37 kilogram dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM6.3 juta.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, lima individu berusia antara 33 hingga 41 tahun ditahan dan ia membawa kepada penemuan sebuah kereta yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan awam dan digunakan sebagai lokasi penyimpanan dadah.

Sebanyak 700 bungkusan berisi serbuk dadah MDMA berjaya dirampas, dipercayai telah sedia untuk diedarkan ke pusat-pusat hiburan.

Dalam operasi sama, beliau berkata polis turut merampas tujuh buah kenderaan, barang kemas serta wang tunai bernilai lebih RM300,000.

Kesemua suspek positif dadah dan salah seorang daripada mereka mempunyai 16 rekod jenayah lampau.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker