Dunia

Dakwa ChatGPT arah anak bunuh diri, ibu bapa fail saman OpenAI

Ibu bapa seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di California memfailkan saman terhadap OpenAI dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sam Altman, selepas mendakwa ChatGPT memberi arahan yang mendorong anak mereka, Adam, untuk membunuh diri.

Remaja itu dilaporkan menggunakan ChatGPT sejak 2024, sebelum ditemukan mati pada April 2025.

Menurut surat saman, chatbot tersebut bukan sahaja membantu Adam merancang tindakannya, tetapi juga mengesahkan pemikirannya yang berbahaya.

Aduan tersebut turut menyertakan petikan perbualan di mana ChatGPT didakwa memberitahu Adam ‘anda tidak berhutang dengan sesiapa untuk terus hidup’ dan menawarkan bantuan untuk menulis nota bunuh dirinya.

Keluarga berkenaan menuntut ganti rugi serta langkah keselamatan baharu, termasuk penamatan automatik bagi perbualan berkaitan kecenderungan mencederakan diri dan kawalan ibu bapa untuk pengguna bawah umur.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker