Malaysia

Dakwaan bunyi dentuman: Perkhidmatan LRT Kelana Jaya beroperasi seperti biasa – Rapid KL

Perkhidmatan LRT Kelana Jaya kini kembali beroperasi seperti biasa selepas gangguan teknikal yang berlaku antara Stesen Universiti dan Stesen Abdullah Hukum malam Rabu.

Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar 10.30 malam mencetuskan panik dalam kalangan penumpang selepas terdengar bunyi dentuman kuat di dalam tren.

Susulan insiden itu, perkhidmatan mengalami kelewatan, namun tren alternatif telah diaktifkan bagi mengurangkan impak gangguan.

Dalam kenyataan terbaru pada pagi Khamis, Rapid Rail Sdn. Bhd. mengesahkan kerja-kerja baik pulih telah selesai, dan operasi tren kembali normal.

Pihak Rapid KL memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami dan menghargai kesabaran penumpang sepanjang tempoh gangguan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker