Malaysia

Data enam juta pelanggan Qantas diceroboh

Syarikat penerbangan Australia, Qantas mengesahkan data hingga enam juta pelanggannya diakses penjenayah siber selepas sistem khidmat pelanggan yang dikendalikan pihak ketiga diceroboh.

Bagaimanapun, sistem berkenaan berjaya dikawal dan tiada sebarang kesan terhadap operasi mahupun keselamatan penerbangan Qantas.

Maklumat yang terjejas melibatkan nama, e-mel, nombor telefon, tarikh lahir dan nombor keahlian ‘frequent flyer’, namun tiada data kewangan dan butiran pasport yang terdedah.

Akaun keahlian pelanggan juga tidak digodam dan tiada kata laluan, nombor PIN atau maklumat log masuk yang terdedah.

Qantas sedang memaklumkan pelanggan terlibat secara berperingkat dan bekerjasama dengan pakar keselamatan siber Australia untuk menyiasat serta mengurus isu ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker