Uncategorized

Datuk Bandar Klang nafi dakwaan pengabaian Taman Kucing Klang,’Penambahbaikan akan dibuat segera

Kuala Lumpur, Sept 3 – Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menafikan sebarang dakwaan pengabaian dan penindasan ke atas Taman Kucing Klang yang baru-baru ini tular di media sosial.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, Datuk Bandar Klang, Datin Paduka Noraini Roslan menjelaskan bahawa pihaknya memandang serius dakwaan itu dan berpuas hati dengan tahap kebersihan dan keselesaan Taman Kucing Klang selepas melakukan tinjauan di situ.

Katanya, beberapa penambahbaikan akan dilakukan segera oleh pihak MBDK dengan kerjasama Sime Darby dalam masa terdekat terutamanya isu keselesaan kucing pada waktu petang yang panas

“Dakwaan kematian kucing dalam jumlah yang banyak juga tidak benar dan hanya seekor sahaja yang mati sejak pengoperasian (diletakkan di luar taman oleh individu tidak dikenali) selepas saya sendiri mengadakan tinjauan bersama Sime Darby,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memberi jaminan akan memasang jaring pemedih bagi mengelakkan keadaan panas di situ dan pihak Sime Darby pula berkata akan membina anjung bagi keselesaan kucing-kucing serta penjagaan pemakanan haiwan itu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker