
KUALA LUMPUR, 29 Mei – Datuk Dr. Mahathar Bin Abdul Wahab telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia yang baharu, berkuat kuasa 28 Mei 2025.
Beliau menggantikan Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan yang memegang jawatan tersebut sejak April 2023.
Dr. Mahathir berpengalaman luas dalam bidang kesihatan awam dan pernah terlibat dalam pelbagai inisiatif kesihatan di peringkat nasional. Pelantikan ini dilihat sebagai langkah penting untuk memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, terutama dalam aspek perkhidmatan berkualiti dan kebajikan petugas barisan hadapan.
Kementerian Kesihatan Malaysia menyambut baik pelantikan ini dan yakin kepimpinan Dr. Mahathir akan membawa pembaharuan positif dalam sektor kesihatan negara.