Malaysia

DBKL:Dua premis pelacuran ditutup di Seputeh, Kuala Lumpur

Kuala Lumpur,Jun 14 – Dua premis pelacuran di Seputeh,Kuala Lumpur ditutup dan sebanyak tujuk notis kompaun turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan menerusi Operasi Tindakan Khas Pusat Urut oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) malam semalam.

DBKL menerusi hantaran di Facebook menyatakan, operasi itu dijalankan melalui Jabatan Penguatkuasaan dan telah mengeluarkan tujuh notis kompaun ke atas premis yang melakukan pelbagai kesalahan.

Notis itu dikeluarkan mengikut Seksyen 79(1), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, UUK 3(1) dan UUK 20(1)(b), Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 serta UUK 5(1), UUK Iklan (WP) 1982 ke atas premis yang melakukan kesalahan.

Katanya, semua barangan yang berkaitan dengan perniagaan juga turut disita dan dihantar serta disimpan di stor Jalan Lombong, Cheras.

Mengulas lanjut, pihak DBKL akan terus bertindak melakukan pemantauan dari masa ke masa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker