Malaysia
Demi perpaduan negara, debat Saravanan-Zamri tidak diteruskan

Debat di antara Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan dan penceramah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu dibatalkan.
Saravanan dalam satu sidang media memaklumkan, keputusan itu dibuat demi selepas berbincang dengan Menteri Perpaduan Aaron Ago Dagang, Presiden MIC Tan Sri Vigneswaran Sanasee dan pihak polis.
Katanya, debat itu tidak diteruskan demi menjaga keharmonian dan perpaduan negara.
Beliau pada masa sama meminta kerajaan supaya mengkaji secara mendalam berkaitan kes penghinaan agama yang berlaku sejak kebelakangan ini.
Terdahulu menteri perpaduan Negara berharap debat agama khususnya antara Saravanan dan Zamri yang ditetapkan pada 23 Mac tidak diteruskan bagi mengelakkan ketegangan dan mengeruhkan hubungan antara agama.