Uncategorized
Trending

Dewan Rakyat cemas;Menteri Pengangkutan, Loke sesak nafas

Kuala Lumpur, Julai 10 – Sidang Dewan Rakyat pagi ini cemas apabila Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kelihatan tidak selesa, dan seperti kesesakan nafas.

Mengikut aturan mesyuarat, beliau menjawab soalan pertama dikemukakan Wong Chen (PH-Subang), namun tiba-tiba beliau seolah-olah batuk, tercungap-cungap dan memohon diberikan sedikit masa untuk menenangkan dirinya.

Keadaan itu menyebabkan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin), meminta Loke berehat dan menggesa pemeriksaan di hospital.

Loke juga dilihat menepuk dadanya beberapa kali, sambil memberi isyarat kepada timbalannya, Datuk Hasbi Habibollah, yang turut berada di dalam Dewan, untuk meneruskan sesi itu.

Selepas mengambil alih sesi itu, Habibollah menyuruh Loke duduk dan bertenang.

Walau bagaimanapun, Loke kemudian mengambil alih semula tugas berkenaan daripada timbalannya dan menjawab soalan tambahan dikemukakan oleh Chen.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker