Dewan Rakyat:Jangkitan HIV dalam kalangan belia meningkat
Kuala Lumpur, Julai 3 – Kes HIV dalam kalangan pelajar berusia 18 tahun sehingga 25 tahun yang berada di institusi pengajian tinggi di seluruh negara sering meningkat, kata Dewan Rakyat.
Memetik dari sidang Dewan Rakyat, angka yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) terdapat 214 kes HIV yang membabitkan pelajar pengajian tinggi pada tahun 2020, diikuti dengan sedikit penurunan sebanyak 186 kes pada tahun 2021.
Jumlah itu kembali meningkat kepada 221 kes pada tahun 2022 dan 244 kes pada tahun lalu.
Sementara itu, KPT berkata, menerusi universiti awam, pihaknya merancang dan telah melaksanakan pelbagai program membabitkan advokasi, kesedaran dan pencegahan jangkitan HIV.
Mengulas lanjut, pihak KPT mengadakan 77 program advokasi, kesedaran dan pencegahan HIV melibatkan 22,905 pelajar universiti awam sejak 2022 hingga Jun 2024.