Malaysia

Di sebalik rusuhan, rakyat Malaysia tetap melancong ke Indonesia

Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) memaklumkan tiada pembatalan besar-besaran melibatkan tempahan perjalanan rakyat Malaysia ke Indonesia meskipun negara itu berdepan gelombang protes sejak minggu lalu.

Setakat ini, agensi pelancongan tempatan tidak melaporkan kesan ketara, walaupun ada kemungkinan sebahagian pelancong menangguhkan perjalanan sehingga keadaan kembali stabil.

Indonesia kekal sebagai destinasi serantau utama dengan tumpuan ke Bali, Jakarta, Bandung, Medan dan beberapa bandar lain.

Protes tercetus berikutan isu kenaikan elaun Ahli Parlimen dan kematian seorang penghantar makanan berusia 21 tahun selepas dirempuh kenderaan polis di Jakarta.

Bantahan kemudian merebak ke bandar utama lain termasuk Yogyakarta, Bandung, Semarang, Surabaya serta Medan, sekali gus mencetuskan rusuhan terburuk sejak Presiden Prabowo Subianto memegang kuasa.

Kedutaan Malaysia di Jakarta menasihatkan rakyat Malaysia agar berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan. Tiada rakyat Malaysia termasuk pelajar dilaporkan terjejas setakat ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker