Dunia
Dihempap ibu angkat seberat 154kg, kanak-kanak 10 tahun maut

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun maut selepas ibu angkatnya yang seberat 154kg duduk di atasnya sebagai hukuman.
Mangsa, Dakota Levi Stevens, ditemui tidak sedarkan diri di rumah mereka di Indiana pada 25 April 2024 dan disahkan meninggal dunia akibat kesukaran bernafas akibat tekanan.
Menurut siasatan, Dakota dihukum selepas melarikan diri dari rumah.
Ibu angkatnya, Jennifer Lee Wilson, 48, Wilson duduk di atas dadanya selama beberapa minit hingga kanak-kanak itu tidak lagi bergerak
Wilson dijatuhi hukuman enam tahun penjara atas perbuatannya.
Saksi mendakwa Dakota pernah mengadu sering dipukul oleh ibu bapa angkatnya sebelum kejadian tragis ini.