Malaysia

Diskaun 50% buat penumpang KTM pada Selasa & Rabu

Penumpang KTM Komuter di Lembah Klang akan menerima diskaun 50% pada 3 dan 4 Jun susulan kelewatan tren akibat kerja naik taraf sistem isyarat yang bermula 30 Mei di stesen Kepong dan Salak Selatan.

Gangguan masih berlaku di laluan Pulau Sebang – Batu Caves dan Tanjung Malim – KL Sentral.

Perkhidmatan ETS ke Butterworth, Padang Besar dan Segamat juga terjejas, dengan kelewatan melebihi 120 minit.

Diskaun ini terpakai untuk semua jenis tiket sepanjang tempoh tersebut.

KTMB menjangkakan kerja-kerja penaiktarafan ini akan selesai sepenuhnya pada Isnin.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker