Malaysia
Diskaun Tol 50% Hanya Untuk Kenderaan Persendirian Sempena Tahun Baharu Cina

Hanya pengguna kenderaan persendirian (Kelas 1) akan menikmati diskaun tol 50% di Lebuhraya PLUS sempena Tahun Baharu Cina. Tawaran ini bermula jam 12.01 tengah malam 27 Januari hingga 11.59 malam 28 Januari.
Namun, diskaun ini tidak melibatkan Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Tol Tanjung Kupang (LINKEDUA).
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, menjelaskan bahawa keputusan ini melibatkan kos pampasan RM20.08 juta kepada syarikat konsesi tol. PLUS turut mengingatkan pengguna untuk merancang perjalanan menggunakan MyPLUS-TTA atau aplikasi PLUS.