Disyaki edar dadah, lelaki cuba larikan diri daripada polis, akhirnya temu ajal, terjatuh jambatan di Terengganu
Kuala Lumpur, Ogos 9 – Niat hendak lari daripada polis tidak kesampaiaan, apabila lelaki yang dipercayai terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah maut selepas terjatuh dari jambatan ketika cuba melarikan diri daripada polis dekat Kampung Bujal Payoh Kijal, Chukai, di Terengganu semalam.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum kejadian polis serbu ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai aktiviti pengedaran dadah di kawasan terbabit.
Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian kira-kira jam 9.30 malam, anggota polis melihat lelaki berusia 23 tahun dalam keadaan mencurigakan dan ketika menghampiri lelaki terbabit, dia cuba melarikan diri, dan dipercayai terjatuh dari jambatan terbabit setinggi kira-kira 12 meter.
Mengulas, Hanyan berkata polis kemudian menghubungi pasukan perubatan dan pasukan perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia.