Malaysia

Dividen Tabung Haji naik kepada 3.25 peratus

Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat lebih tinggi sebanyak 3.25 peratus bagi tahun kewangan 2024, berbanding 3.1 peratus pada tahun kewangan sebelumnya.

Agihan keuntungan itu membabitkan jumlah agihan sebanyak RM2.92 bilion, berbanding RM2.72 bilion pada 2023.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, agihan itu akan memberi manfaat kepada lebih 9.54 juta pendeposit TH selepas mengambil kira bayaran zakat sebanyak 2.57 peratus.

Menurutnya, pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing bermula hari ini.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker