Malaysia
DOSM:Bayi lahir 2024 dijangka hidup sehingga 75.2 tahun, bayi perempuan dijangka hidup lebih lama
Kuala Lumpur, Sept 30 – Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan bayi yang lahir tahun ini secara purata dijangka hidup sehingga 75.2 tahun dan bayi perempuan dijangka hidup 4.8 tahun lebih lama berbanding bayi lelaki.
Menerusi satu kenyataan, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata jangka hayat bayi ketika lahir tertinggi bagi lelaki dan perempuan mengikut negeri bagi 2022 hingga 2024 dicatat di Selangor, manakala Terengganu mencatat jangkaan hayat ketika lahir terendah bagi tempoh sama.
Mengulas beliau berkata, tiga negeri yang mempunyai jangkaan hayat melebihi jangkaan hayat paras nasional pada 2024 iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Labuan dan Kuala Lumpur,” katanya.