Malaysia

Dua Beradik Maut dalam Kejadian Tanah Runtuh di Bukit Apit

Dua beradik maut manakala seorang lagi cedera selepas rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, dihempap tanah runtuh petang semalam.

Mangsa, Puteri Sajidah Azman, 16, dan adiknya Siti Fatimah, 13, ditemui maut masing-masing pada jam 6.32 petang dan 6.59 petang selepas kejadian yang berlaku sekitar jam 4.30 petang.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Berang dan Wakaf Tapai yang menerima panggilan jam 4.59 petang segera ke lokasi untuk operasi menyelamat.

Kejadian turut menghempap tiga rumah, termasuk satu yang dihuni enam sekeluarga.

Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker