Malaysia

Dua beranak ditemui mati reput dipercayai tertekan selepas suami dipenjara

Seorang wanita bersama anak perempuannya yang ditemui mati dalam keadaan hampir reput di sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Gambir, Pulau Pinang dipercayai meninggal dunia akibat tekanan emosi selepas suami wanita itu dipenjara beberapa bulan lalu.

Memetik laporan daripada Sinar Harian, mangsa wanita berusia 40 tahun itu tidak bekerja dan mula menunjukkan tanda tertekan, ditambah pula dengan kesusahan hidup apabila bekalan elektrik rumah sewanya dipotong kerana gagal membayar bil.

Mangsa dilaporkan tinggal bersama anak perempuannya yang berusia dua tahun di unit tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Jiran memaklumkan mereka sering terhidu bau busuk sejak 21 Jun lalu, namun menyangka ia berpunca daripada sampah atau bangkai haiwan.

Misteri itu terjawab apabila polis bersama bomba menemui mayat dua beranak tersebut di dalam bilik utama rumah selepas menerima aduan orang awam mengenai bau tidak menyenangkan.

Polis mengesahkan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dipercayai sudah meninggal dunia lebih seminggu sebelum ditemui.

Jiran memaklumkan wanita itu jarang keluar rumah yang mana kali terakhir dilihat pada Mei lalu dan dipercayai mempunyai hubungan ibu dan anak berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker