Malaysia

Dua lagi gegaran berlaku di Segamat, jadikan 5 gempa bumi lemah dalam 5 hari 

Gempa bumi lemah berukuran 3.4 magnitud dikesan di Segamat, Johor pada jam 4.24 pagi Jumaat.

Ia merupakan gempa bumi kelima yang melanda negeri itu dalam tempoh lima hari.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa tersebut berpusat kira-kira 22 kilometer ke timur laut Segamat dengan kedalaman 10 kilometer.

Terdahulu, gempa bumi lemah berukuran magnitud 2.5 pada skala Richter dilaporkan berlaku pada jam 7.56 malam, Khamis.

Ini bermakna, Segamat merekodkan empat gempa bumi sebelum ini, dua kali pada 24 Ogos serta masing-masing satu pada 27 dan 28 Ogos, dengan magnitud antara 2.5 hingga 4.1.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker