Malaysia
Dua Lelaki Ditahan Selepas Samun Nasi Lemak, Sandwich, dan Wang Tunai di Subang Jaya

Polis menahan dua lelaki berusia 23 dan 24 tahun kurang 24 jam selepas mereka menyamun sebuah kedai serbaneka di Subang Jaya, melarikan wang tunai RM241, nasi lemak, dan sandwich.
Dalam kejadian jam 1.50 tengah hari, seorang suspek memaksa pekerja kedai menyerahkan wang jualan dan beg mangsa yang mengandungi dokumen peribadi, kunci motosikal, serta kunci kedai.
Kedua-dua suspek yang berpakaian baju hujan dan bertopi keledar kemudian melarikan diri. Susulan laporan, polis menahan mereka di sebuah rumah di Subang Jaya dan merampas barang kes. Suspek yang mempunyai rekod jenayah dan dadah kini direman lima hari untuk siasatan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.