Malaysia

Dua lelaki maut, ditembak polis di Butterworth,Pulau Pinang

Kuala Lumpur, Jun 26 – Dua lelaki ditembak polis dalam insiden berbalas tembakan ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan di SungaiLokan,Butterworth,Pulau Pinang, awal pagi tadi.

Kedua-dua suspek lelaki tempatan berusia 40 hingga 60 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden kira-kira jam 2 pagi.

Menurut sumber, polis mengesan sebuah kereta mencurigakan dan pihaknya mengarahkan pemandunya memberhentikan kenderaan untuk pemeriksaan.

Namun suspek cuba meloloskan diri dengan memecut kenderaan sebelum melepaskan tembakan ke arah polis.

Polis pula terpaksa melepaskan tembakan balas bagi mempertahankan diri,kedua-dua suspek disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mereka dipercayai mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan jenayah.

Susulan kejadian itu, jurucakap Polis Pulau Pinang memaklumkan sidang media dijangka diadakan untuk maklumat lanjut berhubung insiden berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker