Malaysia

Dua pelajar universiti maut terjatuh dari kondo di Taman Melati dalam tempoh 24 jam

Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dalam dua kejadian berasingan di sebuah kondominium di Taman Melati, di sini, pada Rabu.

Kejadian pertama berlaku sekitar 6.45 pagi melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 22 tahun yang ditemui maut di laluan belakang kondominium selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 22.

Beberapa belas jam kemudian, sekitar 8.30 malam, seorang lagi pelajar lelaki berusia 21 tahun ditemui maut berhampiran gelanggang bola keranjang di kawasan sama.

Sementara itu, bapa kepada pelajar perempuan terbabit membuat laporan polis mendakwa anaknya mungkin menjadi mangsa buli.

Polis sudah menjalankan siasatan di lokasi dan mayat mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat selepas mengesahkan kedua-dua kejadian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker