Malaysia

Dua pemimpin PSM selesai beri keterangan isu program LGBT

Polis sedang melengkapkan siasatan berhubung penganjuran program berkaitan LGBT, selepas mengambil keterangan dua individu dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada Rabu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, 38 soalan diajukan kepada mereka, namun kedua-duanya memilih untuk menjawab di mahkamah. Sebuah telefon bimbit dan kad SIM turut dirampas bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 298A dan 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Setakat ini, sebanyak 188 laporan polis telah diterima di seluruh negara mengenai isu tersebut.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor memaklumkan siasatan dimulakan selepas pihaknya mengesan hantaran media sosial mengenai program yang dipercayai akan berlangsung 21 Jun ini.

Program berkenaan didakwa mencetus sensitiviti masyarakat dan bertentangan dengan undang-undang negara yang tidak mengiktiraf amalan LGBT.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker