Malaysia

Dua peragut hampir jadi lauk, kini diburu polis

Polis sedang memburu dua lelaki yang disyaki meragut rantai emas milik seorang wanita di hadapan sebuah kuil di Kampung Pandan, Kuala Lumpur dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 2 petang, Ahad lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab, hasil siasatan awal mendapati mangsa berusia 60 tahun sedang berjalan ke arah keretanya sebelum didatangi dua lelaki bermotosikal yang terus meragut rantai leher dipakainya.

Beberapa lelaki yang berada di lokasi cuba menahan suspek namun gagal meskipun mereka hampir terbabas sebelum sempat melarikan diri.

Akibat kejadian, mangsa mengalami trauma manakala saudara lelakinya cedera di tangan ketika cuba membantu.

Polis kini sedang giat mengesan suspek dan telah memperoleh rakaman CCTV bagi membantu siasatan. Mangsa masih belum membuat laporan polis kerana belum pulih sepenuhnya daripada kejutan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker