Malaysia

Dua sindiket dadah tumpas di Kuchai dan Sri Hartamas, hampir RM20 juta dirampas

Dua sindiket dadah tumpas dalam operasi berasingan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di sekitar Kuala Lumpur, melibatkan rampasan dan sitaan keseluruhan bernilai RM19.38 juta.

Dalam serbuan pertama di Taman Sri Hartamas, dadah jenis syabu dan ketamin seberat lebih 439kg dirampas, dianggarkan bernilai RM17.78 juta dan berpotensi merosakkan hampir 1.9 juta orang. Seorang suspek lelaki tempatan diberkas, bersama sitaan aset bernilai RM93,350.

Serbuan kedua di Kuchai pula membawa kepada penahanan empat suspek, termasuk tiga warga Vietnam. Pihak berkuasa merampas 42.3kg bunga ganja bernilai RM1.48 juta serta menyita kereta BMW dan wang tunai. Dadah itu berupaya merosakkan lebih 84,000 orang.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. JSJN menegaskan komitmen mereka membanteras pengedaran dadah yang mengancam keselamatan negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker