Malaysia

Eda Ezrin dan suami masih perlu ditahan di Penjara Narathiwat

Penyanyi terkenal Kelantan, Eda Ezrin atau nama sebenar Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, masih ditahan di Penjara Wilayah Narathiwat walaupun telah dibebaskan daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda.

Peguamnya, Sufian Abdul Aziz, menjelaskan bahawa pendakwaan mempunyai tempoh sebulan untuk memfailkan rayuan.

Sehingga itu, Eda dan lima yang lain masih perlu berada dalam tahanan. Jika tiada rayuan, mereka akan dibenarkan pulang.

Sinar Harian melaporkan bahawa suasana di mahkamah penuh emosi apabila Eda dan keluarganya menangis syukur sebaik hakim membebaskan mereka.

Sepanjang prosiding, Eda tidak berhenti berzikir dan berdoa, manakala keluarganya menunggu dengan debaran kerana prosiding dijalankan dalam bahasa Thailand dengan bantuan penterjemah.

Eda, suaminya Mohd Affendi Ahmad, 35, serta empat rakan iaitu Eridieka Mohd Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26 yang mana sebelumnya didakwa atas dua pertuduhan; mengambil dadah dan memiliki 6,059 pil kuda di sebuah hotel di Golok pada 1 November lalu.

Mereka mengaku bersalah atas pertuduhan pertama tetapi menafikan pertuduhan memiliki dadah.

Dalam perbicaraan 14 Februari, Eda memberi keterangan bahawa empat individu yang dikenali sebagai Nabila, Mek Jue, Mek Da, dan Sirik masuk ke biliknya sebelum polis melakukan serbuan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker