Malaysia

eHati tegaskan konsep program tular berlandaskan kasih sayang

Program motivasi rumah tangga eHati menegaskan pendekatan mereka berlandaskan kasih sayang, dengan tujuan memulihkan hubungan perkahwinan yang bermasalah.

Menurut pengasas bersama eHati, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, modul-modul yang ditawarkan dibina atas asas kaedah profesional seperti hipnoterapi, psikoterapi dan Neuro-Linguistic Programming (NLP), disesuaikan dengan budaya tempatan.

Menariknya, teknik urutan dalam program ini diadaptasi daripada gabungan kaedah pelvic floor massage dan urutan Thai, namun diolah supaya selari dengan nilai masyarakat Malaysia tanpa melibatkan unsur atau ritual agama lain.

eHati juga menolak dakwaan bahawa mereka mendorong wanita menjadi pentingkan diri atau menjauhi perkahwinan.

Sebaliknya, program ini memberi ruang kepada wanita yang berdepan tekanan dan trauma untuk memulihkan keyakinan diri, mencapai ketenangan dan seterusnya memperbaiki keharmonian rumah tangga.

Selain itu, modul khusus berkaitan isu tubuh dan cabaran emosi hanya diberikan secara tertutup kepada individu yang benar-benar memerlukan.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker