Malaysia

Ejen Sindiket Seludup Hidupan Liar Ditahan di KLIA

Seorang individu dipercayai ejen sindiket penyeludupan hidupan liar ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas 52 haiwan liar dirampas semalam.

Menurut Jabatan Perhilitan, rampasan melibatkan 48 primat dipercayai common marmoset dan empat golden-handed tamarin di pos kargo udara di zon perdagangan bebas KLIA.

Suspek ditahan di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam 2008.

“Perhilitan komited memerangi jenayah hidupan liar untuk melindungi warisan semula jadi demi generasi akan datang,” kata jurucakap jabatan itu.

Golden-handed tamarin berasal dari hutan hujan tropika Brazil, manakala common marmoset pula terdapat di timur laut negara itu. Kedua-duanya terancam akibat kehilangan habitat dan perdagangan haiwan peliharaan secara haram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker