Dunia

Elak kenaikan harga, Apple bawa lari barangan produk dari India dan China

Apple dilaporkan menghantar lima pesawat kargo yang membawa iPhone dan produk-produk lain dari India dan China ke Amerika Syarikat pada akhir bulan Mac lalu.

Menurut laporan The Times of India, ia bagi melepaskan daripada dikenakan tarif 10% yang mula berkuat kuasa pada 5 April.

Penghantaran kecemasan ini berlangsung selama tiga hari pada minggu terakhir bulan Mac, yang bermakna gudang Apple di AS kini mempunyai bekalan mencukupi untuk beberapa bulan.

Menurut sumber, bekalan yang tiba dengan kadar cukai yang lebih rendah akan sementara waktu melindungi syarikat daripada harga yang lebih tinggi yang perlu dibayar untuk penghantaran baru.

Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kenaikan harga segera yang mana sebilangan besar produk Apple dihasilkan di China, Vietnam, dan India.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker