Ellie Suriaty tunggu Imran Bard pulang ke KL

Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty Omar menantikan kepulangan Imran Bard dari kampung halamannya sebelum memutuskan untuk mengambil tindakan saman atau sebaliknya.
Ellie dalam hantarannya di Instagram Story berkata, dia bersetuju dengan permintaan pempengaruh itu untuk berjumpa sebaik berada di Kuala Lumpur nanti.
Pelakon berusia 54 tahun itu menegaskan, sesi pertemuan itu menjadi penentu sama ada dia akan meneruskan proses sama atau sebaliknya, bergantung kepada ketulusan permohanan maaf Imran terhadapnya.
Isu di antara mereka berdua sebelum ini hangat di media sosial selepas Ellie mengadakan sidang media berkaitan luahan rasa kurang senangnya dengan salah satu kandungan video yang dihasilkan Imran.
Katanya, kandungan itu dianggap mencemarkan namanya sekali gus membangkitkan kontroversi di media sosial.