Elrah raih jualan RM250 juta walaupun dituduh tiru jenama lain

Pemilik Elrah, El Azman, bersyukur apabila perniagaannya mencapai jualan RM250 juta tahun ini, walaupun terpalit kontroversi meniru rekaan samping jenama lain.
Menurutnya, isu tersebut sedikit menjejaskan reputasi, namun secara tidak langsung melonjakkan jualan.
Katanya, bila perniagaannya semakin besar, lagi besar dirinya akan diuji. Tuduhan plagiat boleh merosakkan reputasi, tapi yang membezakan Elrah adalah nilai dan kepercayaan pelanggan.
Selain bekerjasama dengan artis tempatan, Elrah turut memperkenalkan Rodtang dan Tawanchay sebagai duta, yang meningkatkan jualan di Thailand kepada RM70 juta.
Di Indonesia, pengaruh Aisar Khaled dan Fadhli turut membantu meluaskan jenama.
Terdahulu, pempengaruh Tyra Kamaruzzaman mendakwa rekaan samping Elrah meniru jenama suaminya, Emran Rijal.
Namun, El Azman menegaskan bahawa motif keris adalah warisan budaya dan bukan hak milik individu.