Empat Negeri Bebas Miskin Tegar Setakat November 2024

Empat negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya telah merekodkan sifar miskin tegar berdasarkan data eKasih sehingga 30 November 2024, menurut Kementerian Ekonomi.
Kementerian memaklumkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar menunjukkan kemajuan ketara dengan negeri-negeri lain turut mencatatkan penurunan signifikan dalam insiden miskin tegar.
Jumlah keseluruhan ketua isi rumah miskin tegar di negara ini berkurangan kepada 2,191 berbanding 91,789 pada Disember 2023. Kuala Lumpur mencatat jumlah tertinggi dengan 474 kes, diikuti Kedah, Sabah, dan Johor.
Kementerian menyatakan cabaran utama membasmi kemiskinan adalah sifatnya yang dinamik kerana isi rumah miskin sering bertukar ganti.
Sebagai langkah penyelesaian, kerajaan melaksanakan inisiatif jangka sederhana dan panjang selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI untuk memperkasa rakyat.