Empat Wanita Ditahan Samun Warga Emas di Seri Kembangan

Polis menahan empat wanita tempatan berusia 30 hingga 41 tahun di persimpangan lampu isyarat Jalan Semangat PJS 13, Petaling Jaya, semalam, kerana disyaki menyamun warga emas berusia 69 tahun di Seri Kembangan pada 28 November lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berada di hadapan rumahnya sebelum didatangi suspek yang menaiki kereta bernombor pendaftaran palsu. Tiga wanita keluar dari kenderaan itu dan memperdaya mangsa dengan menawarkan bantuan kewangan sebelum salah seorang suspek meragut rantai lehernya di South City Plaza.
Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan. Suspek akan direman di Mahkamah Petaling Jaya hari ini. Polis meminta sesiapa yang mempunyai maklumat tampil menghubungi balai polis berhampiran.