Uncategorized
Enam Perompak Bertopeng Samun Emas Tiga Kilogram di Ipoh
Enam lelaki bertopeng bersenjata parang dan pisau melarikan emas seberat tiga kilogram dalam rompakan di sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh pagi semalam.
Kejadian berlaku sekitar jam 9.30 pagi ketika pemilik premis berusia 50-an hendak memasuki kenderaan untuk menghantar barang kemas kepada pelanggan.
Menurut mangsa, suspek menggunakan dua kenderaan untuk menghalang keretanya sebelum merampas beg berisi emas. Salah satu kenderaan suspek turut melanggar belakang kereta mangsa, menyebabkan mangsa cedera ringan di kaki.
Ketua Polis Ipoh, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.