Malaysia
Enggan ulas lanjut, DBKL serah siasatan kes Abang Belon kepada polis

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi ruang penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes tular Abang Belon.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif, menegaskan pihaknya tidak akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung kes tersebut kerana ia kini dalam siasatan polis.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, memaklumkan siasatan telah selesai dan kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).
Setakat ini, lebih 11 individu termasuk sembilan pegawai DBKL dan dua orang awam telah dirakam keterangan.