Malaysia

Exco, ADUN, penjawat awam Selangor potong gaji bantu mangsa di Putra Heights

Semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) serta penjawat awam Gred 48 ke atas di Selangor akan memotong sebahagian gaji sebagai solidariti kepada mangsa insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, potongan gaji tersebut akan disumbangkan ke Tabung Prihatin Selangor bagi membantu meringankan beban mangsa yang terjejas.

Katanya, setiap Exco akan menyumbang RM1,000, ADUN RM200, Ahli Majlis RM100 dan penjawat awam sebanyak RM50.

Jumlah keseluruhan sumbangan daripada anggota pentadbiran awam negeri dianggarkan mencecah RM102,050.

Setakat ini, Tabung Prihatin Selangor telah berjaya mengumpul lebih RM500,000 hasil sumbangan pelbagai pihak.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker