Fadhlina terima baik cadangan semua pihak perkukuh aspek keselamatan di sekolah

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerima cadangan pelbagai pihak bagi memperkukuh aspek keselamatan di institusi pendidikan susulan peningkatan kes buli.
Antara cadangan yang akan diteliti termasuk sokongan psikososial, latihan guru dan warden, modul pendidikan ibu bapa, pemantauan keselamatan, serta pelan anti-buli yang lebih berkesan.
KPM turut melaksanakan beberapa inisiatif sedia ada seperti audit keselamatan, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), dan penubuhan jawatankuasa reformasi keselamatan.
Baru-baru ini, kementerian meluluskan peruntukan RM3 juta untuk pemasangan CCTV di sekolah berasrama terpilih, sebelum diperluas ke seluruh negara.
Langkah ini dilihat penting bagi mencegah salah laku buli serta memastikan ekosistem pendidikan yang lebih selamat dan kondusif untuk semua pelajar.