Kuala Lumpur, Oct 9 – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyokong kenytaan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, bahawa Pakatan Harapan(PH) tidak perlu membuat sebarang permohonan maaf kepada Umno, dan ia katanya menunjukkan perpaduan di peringkat tertinggi dalam kerajaan Madani.
Fahmi, yang juga ketua penerangan PH, berkata beliau menyokong penuh pendirian Zahid sambil menambah perpaduan ini memberi manfaat kepada Malaysia.
Fahmi turut ujar bahawa kestabilan politik membuahkan hasil, dalam pengukuhan ringgit, peningkatan pelaburan, serta perdagangan yang semakin meningkat.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan sambutan Hari Pos Sedunia di Kuala Lumpur hari ini.
Sementara itu, semalam media laporkan, Zahid Hamidi enggan memanjangkan ketegangan antara pemimpin parti-parti kerajaan dengan berkata PH tidak perlu membuat sebarang permohonan maaf kepada Umno, manakala pemimpin Umno pula diminta menghentikan serangan.