Malaysia

Farhash nafi khabar angin jadi dalang serangan anak Rafizi Ramli

Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menepis khabar angin yang mengaitkan dirinya dengan serangan menimpa anak Datuk Seri Rafizi Ramli.

Memetik laporan Malaysiakini, usahawan itu memberikan komen ringkas sebagai menafikan tuduhan yang semakin berleluasa sebagai ‘gila’.

Kenyataan dibuat selepas namanya terpalit sebagai dalang dalam insiden serangan terhadap anak Rafizi yang dilakukan oleh dua individu berpakaian hitam dan memakai topi keledar bertutup penuh.

Menerusi satu sidang media di Parlimen, Rafizi mendedahkan serangan itu mungkin berkait dengan pertemuannya baru-baru ini bersama Kumpulan ‘whistleblower’ yang memiliki maklumat mengenai satu skandal.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata beliau telah membuka mulut mengenai banyak kes sebelum ini, namun ini merupakan kali pertama keluarganya menjadi sasaran ancaman.

Ekoran itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata pihak polis akan menyediakan kawalan keselamatan kepada keluarga Ramli susulan insiden tersebut.

Shazeli berkata, siasatan menyeluruh melibatkan pelbagai aspek sedang dijalankan oleh kontinjen polis Selangor dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker