Hiburan

Fattah Amin fail saman RM5 juta terhadap pempengaruh tuduh dirinya curang

Pelakon, Fattah Amin memfailkan saman RM5 juta terhadap pempengaruh media sosial, Nuraien Adilla Hasha Akhbar dan suaminya, Mohd Hafizzuddin Hamri, berhubung dakwaan fitnah di platform Threads yang menuduhnya curang ketika masih bersama Nur Fazura.

Kenyataan tersebut tular di media sosial dan portal hiburan, sekali gus menjejaskan reputasi Fattah selain memberi kesan kepada emosi serta maruahnya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur turut mengarahkan kedua-dua defendan menurunkan semua hantaran berkenaan selepas membenarkan permohonan injunksi sementara yang difailkan pelakon itu.

Fattah, yang sebelum ini berkahwin dengan Fazura pada 2017, bercerai pada Oktober 2024 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia lima tahun.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker