DuniaHiburan

Filem kontroversi ‘Merah Putih’ dikecam teruk, hanya ditayang di 16 pawagam

Filem animasi Merah Putih One For All yang dijadualkan tayang pada 14 Ogos 2025 sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Indonesia ke-80, menjadi topik hangat di media sosial.

Namun, ia bukan kerana sambutan meriah tetapi disebabkan kritikan terhadap kualiti animasinya yang dianggap lemah di mana poster rasmi dan treler filem ini turut mengundang kecaman netizen.

Rata-rata rakyat Indonesia mendakwa bahawa filem animasi pertama bertema kebangsaan yang menelan perbelanjaan produksi kira-kira Rp 6.7 bilion (RM1.7 juta) itu menggunakan dana kerajaan.

Namun, Toto Soegriwo selaku Penerbit dengan tegas menyatakan dakwaan tersebut adalah tidak benar dan merupakan fitnah yang berniat jahat.

Ia turut dikritik apabila suara latar bagi watak animasi seolah-olah tangkap muat dengan tempoh penghasilan produksi yang singkat iaitu kurang sebulan sejak Jun 2025.

Walaupun beberapa rangkaian pawagam besar menawarkan tayangan di lebih banyak layar, pihak produksi hanya mampu menayangkannya di 16 pawagam seluruh negara kerana kekangan sumber dan logistik.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker