EksklusifMalaysia

FujiFilm lancar kamera digital baharu X-M5 untuk pencipta kandungan

Kuala Lumpur, Nov 13 – FujiFilm Malaysia memperkenalkan kamera tanpa cermin terbaru, FUJIFILM X-M5, yang disasarkan kepada pempengaruh dan pencipta kandungan digital.

Kamera ini menawarkan keupayaan rakaman video 6.2K pada 30fps dan dilengkapi sensor APS-C X-Trans CMOS 4, dengan kualiti gambar dan video yang tinggi.

FujiFilm X-M5 akan dijual di Malaysia mulai hujung bulan November dengan harga RM3,948 untuk kamera sahaja, atau RM4,398 untuk pakej bersama lensa.

Meskipun canggih, kamera ini mengekalkan berat 355 gram sahaja, menjadikannya model paling ringan dalam siri X dan sistem audio kamera ini turut disertai dengan mikrofon dalaman yang mampu merakam audio dari empat arah, serta pengurangan hingar untuk menghasilkan bunyi yang jelas.

Bukan hanya kamera, malah FujiFilm turut melancarkan Lensa Fujinon XF500mm bersama Fujinon XF16-55mm bersama-sama ke pasaran tempatan mulai hujung bulan ini.

Orang ramai boleh layari laman rasmi FujiFilm untuk mengetahui informasi lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker