EksklusifHiburanMalaysia

Fujifilm Malaysia menganjurkan ‘Spreading Smiles Roadshow’ , 3-6 Oktober, IOI City Mall, Putrajaya; Orang ramai dijemput hadir

Kuala Lumpur, Oct 3 – Fujifilm Malaysia hari ini meraikan Hari Senyuman Sedunia dengan melancarkan ‘Spreading Smiles Roadshow,’ bermula 3 Oktober sehingga 6 Oktober ini.

Inisiatif ini dilakukan bagi mendorong rakyat Malaysia untuk sentiasa senyum, dimana ia dilakukan dengan kerjasama Baskin-Robbins dan Julie’s Biscuits, bagi menyebarkan kegembiraan serta senyuman dengan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk pengunjung dari semua peringkat umur.

Pengarah Urusan Fujifilm Malaysia Kensuke Aragane, Ketua Pegawai Eksekutif Baskin – Robbins Malaysia Charmaine Cheah, Pengarah Julie’s Biscuits Tzy Horng Sai dan kumpulan KLP48 turut hadir ke majlis pelancaran itu di IOI City Mall, Putrajaya hari ini.

Orang ramai dijemput hadir untuk turut serta menyertai pelbagai aktiviti menarik serta berpeluang untuk memenangi hadiah yang seperti aiskrim Baskin – Robbins,berpeluang untuk mendapat gambar bercetak Fujifilm dan banyak lagi hadiah-hadiah menawan.

Program ini akan berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya, dari 3 hingga 6 Oktober ini mengikut waktu yang ditetapkan, dan untuk mengetahui info lanjut, orang ramai boleh mengikuti Fujifilm Malaysia bagi mendapatkan tentatif untuk hari yang berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker